Aurat :)


Selangkah anak perempuan keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah jugalah ayahnya hampir ke neraka.

Mesti sahabat-sahabat semua pernah dengar kan cerita tentang seorang pramugari yang koma semasa berada di Tanah Suci? Di sini admin paste balik kata-kata pramugari tersebut.
"Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

Please take note girls, aurat isn't just by wearing hijab. Aurat means kita kena cover seluruh tubuh kita kecuali muka dan pergelangan tangan. Tapi, ramai juga antara kita yang pakai tudung tapi berbaju lengan pendek dan tak pakai stoking. Pakai tudung tapi singkat, orang tengok nampaklah gunung ganang. Jangan lupa, lengan dan kaki juga adalah aurat. Tolong jangan ambil mudah bab aurat, Rasulullah dah cakap kan antara golongan ahli neraka adalah wanita yang tidak menutup auratnya.

Ayuh sama-sama kita bermuhasabah diri, adakah pakaian yang kita pakai sekarang benar-benar menepati syarat-syarat menutup aurat?

Syarat-syarat menutup aurat :
1. Baju dan seluar yang dipakai mestilah longgar dan tidak ketat.
2. Tudung mestilah labuh melepasi dada. Quran yang kata nie, bukan kita yang kata.
3. Kena cover kaki. Kalau tak nak pakai stoking takpe, tapi bila keluar tu pakailah kasut yang bertutup, tak pun labuhkan seluar dan kain hingga tak nampak kaki.

Senang jer nak tutup aurat sebenarnya tapi kita nie suka sangat ambil remeh apa yang Islam suruh. :)
 

 

Pelihara Mulut/Lidah


ISLAM menganjurkan umatnya untuk mengeratkan silaturahim antara satu sama lain dan lantaran itu juga, kita dilarang melakukan perkara yang boleh menjejaskan dan merosakkan hubungan baik sesama manusia.

Ini sebagaimana dijelaskan Allah SWT dalam firman-Nya menerusi surah Al-Hujaraat, ayat 12 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”
Berdasarkan ayat berkenaan, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah perbuatan dosa. Kerana prasangka itu timbul daripada perasaan iri hati atau dengki terhadap seseorang.

Kemudian, ia akan menimbulkan fitnah atau tuduhan tidak berasas kepada seseorang sehingga menimbulkan rasa sakit hati.


Sebagai manusia yang mengaku berpegang pada ajaran Islam, kita perlu ingat setiap perbuatan yang kita lakukan, sama ada baik atau buruk, pasti menerima pembalasan di akhirat nanti.


Oleh itu, sebagai hamba beriman kepada Allah SWT dan hari kiamat, kita hendaklah menjaga pertuturan dengan berbicara yang baik atau sebaik-baiknya berdiam diri.

Hadis riwayat Imam Al-Bukhari menyatakan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda, bahawasanya: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata-kata yang baik atau hendaklah ia diam.”

Justeru, bagi mengelak diri daripada buruk sangka, kita hendaklah menyiasat setiap berita yang diterima dengan teliti dan jangan terus membuat andaian serta buruk sangka apabila menerima sesuatu berita, khususnya membabitkan keburukan orang lain.

Menerusi ayat 6 surah Al-Hujaraat juga, Allah SWT mengingatkan bahawa setiap manusia perlu menyelidik terlebih dulu setiap berita diterima, sebagaimana maksud surah berkenaan iaitu: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya.”

Ketahuilah bahawa dengan sikap buruk sangka, ia boleh membawa kepada perkara tidak diingini seperti pertelingkahan, sekali gus menyebabkan terputusnya silaturahim yang akhirnya boleh membawa perpecahan dalam umat Islam.

Oleh itu kita hendaklah memelihara diri daripada berburuk sangka sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jauhilah oleh kamu prasangka kerana sesungguhnya prasangka itu sedusta-dusta perkataan.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Kerana itu, sebagai umat Islam yang inginkan keharmonian dan kebahagiaan dalam kehidupan, sewajarnya kita mengamalkan sifat berkasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan hindarilah daripada berburuk sangka kerana ia merosakkan perpaduan kehidupan berkeluarga, agama dan masyarakat.

Sama-samalah kita berdoa semoga hidup bahagian, rukun dan damai di dunia dan akhirat.